Saturday 27 January 2024

BSMM DAERAH KOTA BHARU AKTIF

 
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Kota Bharu memasuki tahun 2024 dengan iltizam dan semangat untuk terus menyumbang khidmat kesukarelawan kepada penduduk di jajahan Kota Bharu dan di mana jua khidmat mereka diperlukan.
 
BSMM Daerah Kota Bharu yang dipimpin oleh pengerusinya, Tuan Haron Tuan Yahya bersama-sama barisan ahli jawatankuasa berpengalaman dalam aktiviti pertolongan cemas dan khidmat kesukarelawan, didapati banyak menyumbangkan bantuan kepada masyarkat setempat.
 
Untuk tahun 2024, banyak aktiviti yang bermanfaat dirancang untuk kebaikan ahli dan masyarakat.
 
Awal tahun 2024 ini, BSMM Daerah Kota Bharu mendapat suntikan semangat lebih kuat apabila menerima sumbangan sebuah van daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan untuk memudahkan lagi perjalanan aktiviti persatuan dari segi mobalisasi tugas dan pergerakan ahli-ahli. 

No comments:

Post a Comment