Tuesday 27 February 2024

Haryzal dilantik Pengarah Sekretariat Markas ATM

 
Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Sekretariat Markas Angkatan Tentera Malaysia di antara Brigedier Jeneral Zulmadi bin Ariffin dan Kolonel Mohd Haryzal bin Ismail, telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ketua Staf Markas ATM, Wisma Pertahanan. Majlis berkenaan telah disaksikan oleh Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Ketua Staf Markas ATM.
 
Hari ini secara rasminya Haryzal telah dilantik sebagai Pengarah Sekretariat Markas ATM yang baharu. Manakala, Zulmadi akan bertukar keluar seterusnya bakal menjawat jawatan sebagai Komander Markas Garison Kuala Lumpur.
 
Seluruh warga Markas ATM mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih di atas segala jasa bakti yang telah dicurahkan selama Zulmadi menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Sekretariat Markas ATM
 
27 Feb 2024
 
Sumber – Buletin ATM

No comments:

Post a Comment