Thursday 11 January 2024

CIKGU PARAM DILANTIK DUTA PERPADUAN

 
Muhammad Farhan Param bin Kunaseigaran terpilih menerima anugarah "MyHeroAward" anjuran KLSCI dan Kementerian Perpaduan Negara. Anugerah yang dianjurkan buat kali keempat ini merupakan anugerah untuk menghargai dan mengiktiraf individu yang aktif dalam kerja kebajikan dan membantu rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa mahupun warna kulit.
 
Farhan atau lebih dikenali Cikgu Param terpilih daripada 13 calon yang disenarai pendek dari seluruh negara.
 
Cikgu Param yang telah 16 tahun dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakat dinilai berdasarkan kepada "Projek Sedekah Makanan" untuk golongan asnaf yang dijalankan sekitar Perumahan Awam Kos Rendah DBKL, Cheras, Kuala Lumpur telah berjaya menobatkan beliau memenangi Anugerah "MyHERO Award 4.0" dan seterusnya dilantik sebagai "Duta Perpaduan".
 
Beliau menjelaskan bahawa ayah menjadi sumber inspirasi dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan seumpama ini selama ini. Sayang, ayahnya tidak berpeluang menyaksikan pencapaian gemilang itu kerana telah meninggal dunia.
 
Kejayaan itu bakal menyuntik semangatnya untuk meneruskan aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan hingga ke hujung nyawa dengan lebih aktif. 

No comments:

Post a Comment