Pam air satu keperluan bagi kebanyakan
penduduk Kelantan. Pam air diperlukan untuk menyedut air bagi kegunaan
keluarga. Keperluan itu menjadi amat penting bagi mengatasi masalah bekalan air
bersih yang tidak mampu dilakukan sebaiknya oleh Air Kelantan Sendirian Berhad
(AKSB)
Kebanyakan rumah di kawasan mempunyai
masalah air akan memiliki satu atau dua pam air. Ia bergantung kepada cara atau
kaedah penggunaan.
Bagi penggunaan yang mengharapkan sumber
air bawah tanah yang dikenali telaga tiub, satu pam diperlukan untuk menyedut
air dan terus ke tangki air. Telaga tiub dibina dengan menggerudi atau boring
dengan kedalaman kira-kira 15 meter sehingga 40 meter. Air akan disedut melalui
lubang PVC yang pacakkan ke dalam bumi.
Selain menggunakan telaga tiub, ada juga
yang menggunakan telaga tradisional atau telaga kerek. Kawasan untuk membina
telaga tradisional lebih luas dan lebih sukar berbanding membina telaga tiub.
Satu lagi kaedah ialah bagi pelanggan AKSB
yang mengalami tekanan air rendah, mereka akan menggunakan pam air untuk
menyedut air dari batang paip AKSB. Pam air akan dipasang di paip selepas meter
air di rumah masing-masing. Air yang disedut akan terus ke tangki air di rumah
masing-masing.
Bagi pengguna yang menggunakan kedua-dua
kaedah iaitu bekalan ia dari telaga tiub dan air dari AKSB, mereka memerlukan dua
pam air dipasang di rumah. Kedua-dua kaedah perlu digunakan bagi memastikan
bekalan air tidak terputus untuk keperluan keluarga. Jika mana-mana kaedah
tidak dapat membekalkan air, maka akan dipasang pula pam untuk satu kaedah yang
satu lagi.
No comments:
Post a Comment