Saturday 22 July 2023

POLITIK DINAMIK MEMBAWA KEPADA KEJAYAAN

 
Politik dinamik ialah suatu urusan politik yang bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta mener­bitkan pembaharuan dan kemajuan. Politik dinamik tidak lagi bergantung harap kepada perkara yang sejarah. Itu hal yang telah lepas dan tidak boleh dijadikan petunjuk kepada keadaan sekarang.
 
Jadi, untuk sesebuah parti mendapat perhatian dan sokongan, ia perlu berubah kepada cara baharu yang lebih bertenaga dan menjanjikan peluang untuk menang dalam pilihan raya.
 
Untuk berubah perlu berani. Terlebih berani, sedia untuk gagal. Selalunya, ketika bersedia risiko gagal, kejayaan akan datang.
 
Cabaran awal dalam apa-apa perubahan ialah daripada ahli sendiri. dalam penawaran adalah risiko penolakan atau rejection. Tidak semua yang terus bersetuju dengan cadangan kemukakan.
 
Namun, untuk berjaya, pastikan terus melangkah walau seberapa banyak rejection yang diterima.
 
Lantas, ungkapan 'next' adalah sesuatu yang amat ruji buat kepada mereka terlibat dalam bidang pemasaran berbilang peringkat (MLM).
 
Bagaimana tahu gagal jika belum pernah bermula? Sebagai seorang hamba Allah jua sebagai seorang Islam, 'outcome @ results' kehidupan juga tergantung kepada ketentuan Qada dan Qadar Allah. Yang penting, berusaha dan bertawakkal.
 
Melakukan apa pun pasti ada risiko. Yakni berjaya atau gagal. Kita ingin berjaya, tetapi bersedia untuk gagal.
 
Pilih untuk berani berisiko, berani membuat keputusan, berani memulakan, berani berdepan cabaran kehidupan.
 
Apa yang pasti, kegagalan bukan penamat percubaan. Kegagalan adalah permulaan untuk menuju kejayaan.
 
Lihatlah dan tanyalah orang yang berjaya. Mereka juga banyak kali gagal dan bangkit. Dan akhirnya mereka berjaya.
 
Parti akan bergerak mengikut peredaran masa namun tidak sesekali melupakan segala pengorbanan dan sejarah lampau. Generasi akan datang jangan lupa menoleh ke belakang dan melihat susah senang para pejuang untuk melahirkan parti pada hari ini.
 
Selepas tujuh dekad UMNO ditubuhkan, pelbagai kejayaan yang telah dinikmati hasil perjuangan parti sehingga dapat membangunkan negara ini.
 
Kita dapat melihat bagaimana negara membangun daripada seorang anak petani menjadi seorang usahawan yang berjaya, anak nelayan menjadi peguam dan anak penoreh getah menjadi pensyarah.
 
Inilah perjuangan UMNO yang bersusah payah menebus maruah agama dan bangsa dijajah suatu ketika dahulu.
 
Justeru, ahli-ahli UMNO sentiasa bermuafakat demi memastikan perjuangan parti dapat diteruskan. Perlu juga mewujudkan semangat kasih sayang dan memastikan perjuangan ini diteruskan demi masa hadapan anak cucu kita. Apa yang paling penting, lakukan kerana Allah untuk terus mendukung agama Islam.

No comments:

Post a Comment