Thursday, 13 April 2023

SENYUM TULUS LAHIR DARI HATI

 
Tahukah anda bahawa senyum dianggap sebagai simbol emosi paling positif untuk manusia? Senyum bersifat universal. Kita semua akan memahami apa ertinya. Seulas senyum dapat menyampaikan ucapan terima kasih, menyatakan maaf, dan mengatakan bahawa anda bahagia.
 
Senyum adalah media yang sangat bernilai. Jadi, tidak ada alasan yang lebih baik untuk membanyakkan senyum pada masa yang sesuai. Senyumlah dengan tulus dan lahir dari hati.
 
Kalau hendak senyum, jangan tahan-tahan, kerana lain pula akan kelihatan. Orang melihatnya akan sukar untuk mentafsir adakah itu senyuman atau sesuatu yang sebaliknya.
 
Senyum ialah gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara. Kalau sudah mengeluarkan suara itu itu dinamakan ketawa.

No comments:

Post a Comment