Hidup ini mudah. Kita berhak memilih cara
hidup kita sendiri. Tidak perlu fikir tentang apa anggapan orang terhadap kita.
Kita adalah kita seperti mana apa kita miliki. Tidak lebih dan tidak kurang.
Kalau orang sudah tak suka, jangan lagi ke
tempat mereka berkumpul. Tidak perlu sakit hati apabila orang tidak pedulikan
kehadiran kita.
Kalau orang sudah tak mahu tengok muka
kita, jangan tunjukkan diri lagi. Pergi ke tempat lain yang boleh menghargai
kita.
Kita tentukan sendiri jenis manusia
bagaimana yang boleh dibuat berkawan. Semudah kita memilih ukuran baju di
kedai, sesuai dan padan di badan sendiri.
No comments:
Post a Comment