Pisang merah atau lebih dikenali sebagai pisang raja udang ini mempunyai mitos yang tersendiri iaitu di sebalik kisah pisang ini yang mempunyai kulit luar berwarna merah.
Secara faktanya, pisang
ini mengandungi khasiat yang hebat untuk kebaikan kesihatan.
Pisang merah ini bersaiz agak besar berbanding dengan pisang lain.
Bahkan lebih besar daripada pisang emas yang menjadi
kesukaan kebanyakan orang. Kulit luar pisang ini agak tebal dan berwarna
merah keungguan. Rasa pisang ini manis dan sedikt masam.
Kebaikan pisang raja udang:
- Baik untuk hati
Pisang merah memberikan kesan yang baik untuk kesihatan hati di dalam tubuh. Ia ada gizi yang mencukupi untuk menyihatkan hati.
- Menambah tenaga
Pisang memang diakui sebagai sumber makanan dari alam semulajadi yang
memberikan tenaga dengan cepat. Jika anda seoran yang aktif bersukan
atau aktiviti lasak, pastikan pada sarapan pagi anda dengan pisang.
- Makanan antirabun
Makan pisang merah secara konsisten boleh membantu untuk elak masalah
rabun mata. Kandungan vitamin A yang tinggi dalam serat pisang ini boleh
menajamkan penglihatan, dan mengurangkan risiko daripada terkena rabun
mata.
- Bagus untuk ibu hamil
Pisang merah sangat bagus
untuk ibu hamil. Ia akan bantu dalam penghasilan asid folid yang memang
diperlukan oleh ibu ketika proses kehamilan 9 bulan 10 hari. Malah ia
dapat membantu mengurangkan rasa mual dan loya di awal peringkat
kehamilan.
- Nutrisi terbaik untuk tulang dan gigi
Bagus
untuk kesihatan dn kekuatan tulang dan gigi. Anda tidak perlu minum susu
formula hanya dengan mengamalkan pengambilan pisang ini sahaja.
- Menyihatkan jantung
Pisang ini juga dikatakan boleh memberikan kesan sangat positif untuk
kesihatan jantung untuk jangka masa panjang. Jika anda ambil secara
rutin, dan tidak terlebih makan, ia akan beri impak yang baik untuk
kesihatan jantung anda.
- Bagus untuk mereka yang ingin berhenti merokok
Percaya atau tidak, pengambilan secara rutin akan membantu perokok yang
berazam untuk berhenti merokok. Kandungan vitamin C, magnesium dan juga
kalium dalam buah ini akan membantu mengurangi keinginan untuk merokok
atau candu nikotin yang ada pada perokok.
No comments:
Post a Comment