Bintang Tiga atau MPAJA yang dipimpin Parti
Komunis Malaya (PKM) telah membentuk unit yang pertama di negara ini (First
Independent Regiment) di Serendah, Selangor pada Mac 1942.
Hampir keseluruhannya ahlinya dianggotai
oleh pemuda berbangsa Cina, tiada pemuda Melayu atau India, walaupun kononnya
logo Bintang Tiga adalah simbolik tiga kaum utama di negara ini iaitu Melayu,
Cina dan India.
Seramai 2,542 orang telah dibunuh dengan
kejam oleh pengganas Bintang Tiga dalam tempoh 14 hari (purata 181 orang
dibunuh setiap sehari) semasa mereka mengambil alih kuasa di Semenanjung Tanah
Melayu apabila Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua.
Bacalah perangai jijik dan jahat Bintang
Tiga ini dalam buku yang terkenal terbitan DBP yang berjudul 'Panglima Salleh
Selempang Merah' karya Sasterawan Zaharah Nawawi yang menceritakan kisah benar
yang terjadi di kampungnya sendiri semasa era Bintang Tiga.
No comments:
Post a Comment