Batik terap (blok) merupakan salah satu teknik penghasilan produk kraf batik yang bermaksud mencetak, menyusun dan mengolah dengan menggunakan peralatan yang berukir atau bercorak melalui kemahiran serta kreativiti pembatik.
Dahulu, blok batik dihasilkan daripada
bongkah kayu yang diukir dengan corak-corak bermotif flora. Blok kayu ini
dicelup pewarna hitam dan diterapkan mengikut susunan ke atas permukaan fabrik.
Teknik ini juga dikenali sebagai 'terap
hitam'.
Setelah itu pada awal 1900-an penggunaan
lilin diperkenalkan serta seiring dengan perkembangan teknologi, industri batik
turut mengalami perubahan daripada penggunaan blok kayu kepada blok yang
diperbuat daripada kepingan logam yang lebih kemas dan halus hasilnya.
Ciri batik terap:
- Kejelasan warna dan corak sama di bahagian hadapan dan belakang kain
- Penggunaan proses terapan sehingga tepi kain
- Pengulangan reka corak pada setiap prodik biasanya tidak konsisten
- Terdapat kesan serapan warna pada garisan corak yang dihasilkan melalui proses melilin.
Pakai batik Malaysia tanda sokongan anda
terhadap hasil seni rakyat Malaysia!
No comments:
Post a Comment