Tuesday, 17 August 2021

FAKTA MENARIK BERKENAAN ISHAM JALIL

Hizatul Isham bin Abdul Jalil atau lebih dikenali Isham Jalil, dilahirkan pada 11 Jun 1976 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau adalah anak ketiga dari tujuh orang adik beradik.

Beliau datang dari keluarga miskin, bapanya pernah menjadi tukang kebun, pembawa lori dan peniaga pasar malam.

Ibu bapa Isham adalah akar umbi tegar UMNO. Isham telah membantu ibu bapanya dan UMNO berkempen sejak kecil iaitu sejak berumur kurang dari 10 tahun. Pada tahun 1986, beliau telah mula menampal poster BN dan membantu menulis ucapan untuk ayahnya di peringkat cawangan semasa kempen pilihan raya.

Dari sekolah rendah, Isham adalah pelajar terbaik sehingga ke sekolah menengah dan universiti. Beliau telah mendapat 5A dalam UPSR, 8A1 dalam SRP, dan 9A dalam SPM. 

Isham adalah Pemidato Terbaik Kebangsaan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri pada tahun 1991.

Oleh kerana cemerlang dalam pelajaran mahupun miskin, beliau telah mendapat biasiswa untuk ke Sekolah Alam Shah dan ke England untuk melanjutkan pengajian pada tahun 1994.

Di England, Isham menjadi pelajar terbaik lagi dan mendapat kelulusan Ijazah Kelas Pertama dalam bidang kejuruteraan dari antara universiti terkemuka di England iaitu University of Bristol pada tahun 1999. 

Sekembalinya ke tanah air selepas tamat pengajian, keadaan ekonomi negara teruk kerana krisis ekonomi tahun 1997-1999 dan pasaran kerja amat merudum. Isham antara yang terkesan sehingga beliau terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk mencari rezeki.

Sebelum itu, Isham juga pernah bekerja sebagai pembantu restoren dengan gaji RM1.50 sejam, pekerja kilang, penjual alat tulis dan sebagainya untuk menyara kehidupan selepas tamat sekolah dan semasa di universiti.

Pada akhir tahun 1999, Isham telah mendapat kerja di TNB sebagai jurutera pelatih dengan gaji permulaan RM1,330 sebulan. 

Untuk menambah pendapatan dan mengumpul duit untuk berkahwin, Isham telah membuat kerja sampingan sebagai pensyarah sambilan pada waktu malam selepas waktu pejabat selama 4 hari seminggu daripada pukul 6 petang sehingga 10 malam di UiTM dan UTM selama tiga tahun di antara tahun 2000 ke 2003.

Isham telah berkhidmat cemerlang di TNB. Beliau telah dilantik menjadi pengurus dalam tempoh yang singkat iaitu selepas empat tahun perkhidmatan, beliau adalah antara pengurus termuda di TNB pada ketika itu.

Pada tahun 2005, 2006, dan 2007, Isham telah mendapat anugerah pekerja cemerlang di bahagiannya. 

Pada tahun 2008, Isham telah dinaikkan pangkat dan dihantar ke Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk membantu kerajaan menggubal dasar-dasar tenaga negara terutama yang melibatkan petroliam, elektrik dan gas.

Beliau telah terlibat dalam perangkaan Rancangan Malaysia Ke-10, Dasar Tenaga Negara 2010-2030, program rasionalisasi subsidi dan penyusunan semula industri elektrik negara.

Pada tahun 2010, Isham telah melanjutkan pengajian ke Harvard University dalam bidang politikal ekonomi di John F. Kennedy School of Government. Di Harvard, beliau juga mengambil jurusan minor undang-undang di Harvard Law School.

Pada tahun 2011, Isham mengambil jurusan kedua dalam bidang kewangan di Wharton School of Business dengan membuat pinjaman pelajaran.

Selepas tamat pengajian dengan ijazah sarjana dasar awam politikal ekonomi dari Harvard dan ijazah sarjana pengurusan perniagaan (kewangan) dari Wharton, Isham telah kembali ke tanah air pada tahun 2013.

Di Harvard, Isham Jalil menulis buku bertajuk "Malaysia Beyond 2020: Ideologies and Institutions for Growth". Buku ini diarkibkan di perpustakaan Harvard University.

Isham pernah dititah menghadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah dua minggu sebelum Baginda menaiki takhta pada tahun 2019.

Baca juga:

 

2 comments:

  1. Alhamdulillah....anak org miskin yg sgt berjaya dlm pelajaran n kerjaya. Jangan lupa daratan bila dh berjaya....mcm dr khir toyo...ambik rasuah dan bina rumah berjuta2 rm....umno juga yg disalahkan.

    ReplyDelete