Bendera
Jalur Gemilang lambang kemegahan rakyat Malaysia. Mengibarkan Jalur Gemilang
tanda kita berbangga dengan negara kita.
Justeru,
diharapkan rakyat Malaysia dapat menterjemahkan solidariti dengan mengibarkan
Jalur Gemilang, sempena bulan kemerdekaan sebagai tanda bersatu-padu melawan
pandemik COVID-19.
Melalui
semangat cintakan negara yang sentiasa diperteguh, negara akan dapat
mengekalkan kehidupan yang harmoni, saling mengasihi dan bersatu hati dalam
kalangan rakyat walaupun berlainan kaum, agama dan latar belakang.
Perkara
ini penting lebih-lebih lagi kita masih berada dalam tempoh yang agak mencabar
susulan wabak COVID-19.
Mempunyai
semangat cintakan negara yang tinggi dan dapat mengambil iktibar serta aspirasi
daripada kepentingan meraikan bulan bersejarah ini yang menyaksikan negara kita
mencapai kemerdekaan memberikan kita semangat untuk terus melawan wabak
COVID-19.
Kita
dilahirkan di tanah air ini dan menjadi sebahagian warganegara yang bersumpah
setia untuk mempertahankannya sehingga akhir hayat kita.
Sambutan
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini masih mengekalkan tema
'Malaysia Prihatin' seperti tahun lalu.
Ia
seiring iltizam dan aspirasi berterusan kerajaan dalam menyemai rasa cinta
rakyat kepada negara, selain menyemarakkan semangat kebersamaan ketika negara
masih memerangi pandemik COVID-19, sejak lebih setahun lalu.
Semangat
juang yang tinggi pemimpin terdahulu dalam menuntut kemerdekaan, yang penuh
ranjau dan berliku perlu dijadikan iktibar dan inspirasi, untuk berdepan musuh
yang sukar dilihat dan lebih berbahaya itu.
Sesungguhnya,
selepas 64 tahun negara menikmati kebebasan dan kemerdekaan, amalan mengibar
Jalur Gemilang perlu sentiasa dibudayakan dalam kehidupan seharian rakyat tanpa
rasa malu dan janggal.
Jalur
Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme
dalam hati setiap rakyat Malaysia yang mencetuskan solidariti dalam mendepani
apa jua cabaran yang mendatang.
Marilah
kita menyahut seruan kerajaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh
rasa bangga, tertib dan rasa hormat, termasuk di kediaman atau kenderaan
masing-masing.
Marilah
kita bersama-sama melakukannya demi menzahirkan rasa cinta terhadap negara,
diiringi doa dan harapan supaya negara akan segera pulih daripada wabak
COVID-19 dan kita dapat kembali kepada kehidupan normal dan mengecapi
kemakmuran bersama.
No comments:
Post a Comment