Thursday, 19 August 2021

Sejarah ringkas Ismail Sabri Yaakob

Di sebalik kemelut politik negara yang belum tentu hujung jatuh, ada pula yang menyebarkan gambar atau tulisan tentang asal usul Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di media maya. 
 
Dengan menggunakan gambar lama yang didakwa Ismail Sabri, maka tersebarlah kononnya Ismail Sabri ini orang Salor, Kota Bharu, Kelantan. 
 
Beliau didakwa pernah belajar di Maktab Sultan Ismail dan Institut Pendidikan (sekolah swasta yang beroperasi di bawah tangga Stadium Sultan Muhammad Keempat) di Kota Bharu. 
 
Sebenarnya, Ismail Sabri tidak pernah belajar di mana-mana institusi pendidikan di Kelantan. 
 
Boleh baca fakta seperti di gambar. 
 
Benda ini nampak remeh, tetapi tidak wajar diambil mudah. Soal asal usul tidak wajar dijadikan bahan mainan. 
 
Kita fokus kepada isu negara yang lebih utama sekarang ini.

 ------------ 

Biodata Perdana Menteri ke-9

Nama: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Tarikh Lahir: 18 Januari 1960
Tempat Lahir: Temerloh, Pahang

Pendidikan
Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)
Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik
Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)
Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)
Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)

Keluarga
Mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin
Mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki iaitu:-
- Nina Sabrina
- Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi
- Nashriq
- Iqbal

Kerjaya/Perkhidmatan
1985 - Peguam
1995 - 1999 - Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
2008 - 2009 - Menteri Belia dan Sukan
9 April 2009 - 2013 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
2013 - 2015 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2015 - 2018 - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
12 Mac 2020 - Menteri Kanan Pertahanan
7 Julai 2021 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Lembaga Pengarah
1987 - Ahli Majlis Daerah Temerloh
1996 - Ahli Majlis Perbandaran Temerloh
1995 - Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) & Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
1996 - Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

Politik
1987 - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh
1988 - Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh
1993 - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Temerloh.
2001 - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh.
2004 - Ketua UMNO Bahagian Bera 
2004 - Ahli Parlimen Bera, Pahang
2008 - Ahli Parlimen Bera.
2013 - Ahli Parlimen Bera.
2018 - Ahli Parlimen Bera
2018 - Naib Presiden UMNO.
2019 - Ketua Pembangkang.

Anugerah
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2004)
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2020)
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2005)
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2008)
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020).

No comments:

Post a Comment