- Pertama, tindakan Kerajaan yang dilihat tergesa-gesa mengumumkan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat semacam mengesahkan pendirian UMNO bahawa Ordinan-Ordinan ini mesti dibahas dan ditentukan keabsahannya dalam Parlimen sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 150 (3).
- Kedua, tindakan Kerajaan yang tidak mengumumkan pembatalan melalui pewartaan yang jelas lebih awal, mencetuskan tanda tanya apakah benar Yang di-Pertuan Agong telah perkenankan pembatalan tersebut kerana hanya baginda sahaja yang mempunyai kuasa meluluskan dan membatalkan Ordinan-Ordinan tersebut.
- Ketiga, apakah status segala kompaun dan denda* yang dikenakan ke atas rakyat setelah Ordinan-Ordinan Darurat dibatalkan.
- Keempat, apakah status segala operasi pentadbiran, perbelanjaan dan penggunaan wang Kerajaan tanpa mengikut Bajet sejak 21 Julai 2021 lalu.
- Kelima, dengan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat ini, apakah implikasi ke atas status Kerajaan hari ini lantaran Parlimen yang dibiarkan tidak bersidang selama enam bulan sebagaimana Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan, sedangkan sebelum ini Peguam Negara menjadikan alasan kewujudan Ordinan Darurat yang mengatasi Perlembagaan sepanjang tempoh darurat.
Persoalan-persoalan di atas perlu diperjelaskan segera kerana boleh memberi kesan besar terhadap kebajikan rakyat dan sistem pentadbiran negara!
Walau bagaimanapun, Pemuda UMNO menyambut baik pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat ini yang seiring dengan pendirian UMNO sebelum ini yang tidak pernah bersetuju bahkan menentang Proklamasi Darurat ini sejak dari awal sebagaimana keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 29 Oktober 2020, 25 April 2021, 16 Jun 2021 dan yang terbaru 7 Julai 2021.
Pengumuman Kerajaan ini juga telah memperakui bahawa Proklamasi Darurat adalah DASAR YANG GAGAL dan SIA-SIA kerana ternyata lebih memudaratkan rakyat dan negara termasuklah implikasinya kepada kebejatan ekonomi dan keterabaian dalam memelihara kebajikan rakyat termasuk perlaksanaan kompaun-kompaun yang melampau dan bersifat ‘dwi-standard’.
No comments:
Post a Comment