Wednesday, 13 November 2019

PANTAI SRI MENANTI MUAR

Pantai Sri Menanti atau Seri Menanti antara lokasi menarik di pekan Sungai Balang, Muar, Johor. Nama Pantai Sri Menanti dikatakan mendapat nama 'menanti' kerana dahulunya menjadi lokasi orang kampung menanti perahu nelayan membawa hasil tangkapan. 

Pantai Sri Menanti menghadap Selat Melaka. Permandangannya cukup indah. Kita boleh melihat deretan kapal-kapal besar melaluai Selat Melaka ini.

Pantai ini secara fizikalnya belum lagi dimajukan sebagai destinasi pelancongan. Namun sudah ada penduduk yang menjadikan lokasi santai dan beristirahat.

Potensi Pantai Sri Menanti dijadikan lokasi pelancongan memang besar. Jika ada pihak membina celet atau inap desa, peluang menarik kehadiran amat besar.

Ini terutamanya mereka yang minat memancing. Untuk memancing di pantai ini kita boleh mengunakan umpan umpun-umpun, ruat, anak-anak ikan dan udang.

Anak-anak ikan dan udang boleh dicari di pantai ini dengan mengunakan jala atau menyauk di celah-celah batu. Jika musim udang kita boleh mendapatkan banyak udang di kawasan ini.

Ikan yang biasa di dapati di kawasan ini bermacam-macam jenis seperti belukang, sembilang, gelama, malong, tuka, pari dan macam-macam lagi.

Hidupan belangkas pun boleh didapati kawasan ini.



No comments:

Post a Comment