Ikan
jenahak terdiri daripada beberapa spesies. Kebanyakan spesies ikan jenahak hidup
di lautan. Namun, terdapat juga beberapa spesies yang hidup di kuala, kawasan
hutan paya bakau dan muara sungai.
Ikan
jenahak merupakan spesies ikan penting bagi komoditi dan merupakan makanan
hasil laut pilihan bagi rakyat di Malaysia, Indonesia, malah juga India.
Ikan
jenahak boleh hidup sihat di kawasan laut beriklim tropika dan sub-tropika. Panjangnya
boleh mencecah 1 meter dan beratnya pula boleh mencecah hingga 13 kilogram.
Kaki
pancing biasanya menggunakan umpan anak ikan termasuk anak gelama, sotong, isi
ketam dan perumpun untuk menjinakan ikan jenahak.
Ikan
jenahak sememangnya menjadi buruan utama pemancing. Selain ingin mendapatkan ikan
bermutu tinggi, cabaran menaikkan ikan jenahak memberi kepuasan yang tidak terhingga
kepada pemancing.
No comments:
Post a Comment