Tuntutan
supaya berbuat baik dengan jiran dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat dan
anak yatim dan orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga
yang jauh.” (Surah an-Nisa, ayat 36)
Islam
bererti damai dalam segala bentuk kehidupan. Individu muslim mesti
menterjemahkan kedamaian itu dalam dirinya dan masyarakat. Jangan lakukan
perbuatan mengganggu individu lain secara fizikal, mental ataupun
emosi.
Menjadi
lumrah manusia yang hidup di muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama
lain. Apa yang penting, kita berusaha melakukan perbuatan yang tidak menggugat
ketenteraman dan kebahagiaan orang lain.
Islam
menggariskan beberapa peraturan hidup berjiran dan bermasyarakat. Antara
perkara yang ditekankan ialah adab bertamu. Rumah adalah kawasan peribadi
pemilik dan ahli keluarga yang tinggal di dalamnya.
Individu
lain tidak berhak memasuki sesebuah buah jika pemiliknya menghalangnya. Kecuali
ada keperluan ‘darurat’ yang berkaitan keselamatan dan mencari bukti keadilan.
Dalam
istilah undang-undang, perbuatan itu hanya dapat dilakukan dengan waren geledah
atas kebenaran pihak mahkamah atau pihak yang diberi kuasa
meluluskan.
Dalam
Islam, peraturan menghormati kuasa tuan rumah telah tercatat di dalam al-Quran.
Ini membuktikan satu peraturan hidup penting yang mesti dipatuhi setiap
individu muslim.
Allah
berfirman bermaksud: “Hai orang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang
bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang
demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu ingat.” (Surah an-Nur ayat 27).
Sambungan
dalam surah yang sama, menjelaskan kita perlu meninggalkan rumah yang
dikunjungi jika pemiliknya tidak mahu menerima tetamu. Kita tidak perlu
mempersoalkan tindakan pemiliknya. Perbuatan itu (meninggalkan rumah) adalah
lebih baik, kerana banyak hikmah di sebaliknya.
Firman
Allah bermaksud: “Jika kamu tidak menemui seseorang pun dalamnya, maka
janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu:
“Kembalilah, maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah an-Nur, ayat 28).
Sikap
toleransi terhadap jiran bukan Islam penting kerana ia juga sebahgaian daripada
dakwah. Tindakan itu memberi imej baik berkaitan Islam. Ia dapat mengelak
provokasi atau tindakan menghina daripada penganut agama lain.
No comments:
Post a Comment