Nasi sumatera. Juga dikenali sebagai nasi padang. Ia ialah nasi putih yang dihidangkan dengan pelbagai pilihan lauk-pauk
tradisional gaya Indonesia (berasal dari Sumatera). Hidangan ini terkenal
dengan kuah gulai yang pekat, rasa berempah yang kuat, serta sambal lada.
Kedai nasi sumatera tersebar di seluruh Malaysia. Antara yang menariknya nasi padang ialah gulai otak lembu,
lauk ayam kampung, pelempung atau paru, daging cincang campur lemak dan goreng
sayur paku atau taugeh.
Air barli pula seperti pasangan sesuai untuk nasi sumatera
ini.
Sebenarnya, nasi sumatera di Malaysia telah diadaptasi
dengan cita rasa tempatan. Keunikan hidangan ini terletak pada lauk-lauk
eksotik yang jarang ditemui di tempat lain.
Kredit pemilik gambar

No comments:
Post a Comment