Thursday, 5 December 2024

BSMM KELANTAN TERIMA DAN AGIH MAKANAN MANGSA BANJIR

 
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan antara NGO yang mendapat kepercayaan pihak penyumbang terdiri syarikat swasta dan orang perseorangan sebagai pengantara untuk mengkordinasi penyerahan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
 
Barang makanan dan keperluan harian yang diterima sama ada dalam bentuk kit yang sudah dipek sepenuhnya yang mana BSMM Negeri Kelantan hanya bertanggungjawab mengagihkan kepada mangsa banjir.
 
Manakala ada juga barang yang diterima secara pukal asing-asing yang mana sebelum diagihkan kepada mangsa banjir perlu terlebih dahulu disatukan sebagai satu kit supaya memudahkan proses pengagihan nanti.
 
Kerja-kerja pengasingan item dan dipak di dalam kotak dilakukan sukarelawan. Mereka bersama-sama melakukan agar dapat disiapkan sebelum boleh diagihkan. Ketika proses ini dilakukan, ada pasukan lain pula melakukan tugas-tugas pengagihan dan menjayakan Program Promosi Kebersihan (HP) & Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS). Pengagihan tugas itu membolehkan mereka merasai pelbagai pengalaman sepanjang penugasan musim banjir ini.
 
Lebih banyak sukarelawan diperlukan untuk melakukan pelbagai tugasan pentadbiran dan di lapangan membantu mangsa banjir. 






No comments:

Post a Comment