Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Mabul, Semporna,
Sabah adalah manifestasi betapa pentingnya pendidikan disediakan kepada setiap
kanak-kanak, tidak kira di mana mereka tinggal.
SK Pulau Mabul terletak di Pulau Mabul,
pulau peranginan terkenal di Semporna, Sabah. Pejalanan menggunakan bot biasa
mengambil masa kira-kira empat jam meredah lautan luas. Jika menggunakan bot
laju, masanya dapat disingkatkan sekitar hanya satu jam sahaja.
Pulau Mabul hanya berkeluasan kira-kira 20 hektar. Kebanyakan rumah dibina di atas permukaan laut atau dikenali kampung
air. Namun, SK Pulau Mabul terletak di bahagian darat.
SK Pulau Mabul diasaskan pada tahun 1986
menyediakan pendidikan kepada anak-anak penduduk di pulau berkenaan. Biarpun,
terletak jauh dari dataran utama, pelajar di sekolah berkenaan mendapat
pendidikan dan menjalani aktiviti seperti mana pelajar-pelajar di sekolah lain.
Aktiviti pembelajaran akademik dan kokurikulum
berjalan sepertimana ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Pelajar juga
dibawa untuk menyertai pelbagai aktiviti melibatkan dengan pelajar sekolah lain
di Semporna, mahupun di seluruh Sabah mengikut keperluan.
Dengan kata lain, pelajar di SK Pulau Mabul
tidak tersisih atau ketinggalan dalam menggapai kecemerlangan di dalam pelajaran
mahupun sosial.
Pada 2024, SK Pulau Mabul mempunyai 192
orang murid dan 15 orang guru, Guru besarnya, Cikgu Mansor.bin Ureh.
Aik. Gambar kana karat
ReplyDelete