Saturday, 27 July 2024

HIKING BUKIT CHANANG, KENINGAU

 
Bukit Chanang adalah salah sebuah bukit yang menjadi pilihan melakukan aktiviti kembara berjalan kaki (hiking) dan tapak kem yang terkenal di Keningau. Ia terletak di Kampung Bandukan Lama Bingkor, kira-kira 17 kilometer (km) dari pusat bandar Keningau, Sabah.
 
Jarak kembara bermula dari “pintu” masuk sejauh kira-kira 4.5 km sebelum sampai di puncak. Pengunjung perlu mendaftar di pondok dan dikenakan bayaran masuk. Perkhidmaan juruarah disediakan atas permintaan dan dikenakan bayaran.
 
Secara amnya laluan ini dianggap sebagai sederhana mencabar, ia mengambil masa purata dua hingga tiga jam mengikut kemampuan pengembara. Laluan ini dibuka sepanjang tahun dan cantik untuk dikunjungi pada bila-bila masa.
 
Perjalanan adalah melalui ladang kelapa sawit dan getah, selain laluan denai buluh dan pokok hutan dan semak.  
 
Puncak Bukit Chanang telah dibersihkan daripada pokok-pokok besar. Kawasannya luas dan terbentang mendatar. Memandangkan tidak ada halangan pemandangan daripada pokok seperti kebanyakan pucak bukit lain, berada di puncak Bukit Chanang membolehkan pengunjung melihat kawasan sekeliling dengan jelas. Pemandangan amat centik dan mengujakan terutama ketika matahari terbit dan matahari terbenam.

No comments:

Post a Comment