Penyertaan wanita dalam mana-mana parti,
pertubuhan sukarela, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya kini
semakin menyeluruh. Mereka turut menjadi penggerak dan pemimpin dalam
badan-badan berkenaan.
Penyertaan wanita dalam aktiviti luar itu
tidak mengganggu tugas hakiki sebagai ibu dan isteri. Mereka bijak membahagikan
masa dan tenaga untuk tujuan tersebut.
Dalam keadaan mana tidak dapat meninggalkan
anak di rumah ketika menghadiri aktiviti, mereka akan membawa bersama anak
kecil ke tempat aktiviti, jika ia difikirkan boleh dilakukan sedemikian.
Mereka melakukan aktiviti dengan penuh
bersemangat dan tidak sekadar menjadi ‘penumpang’ dalam sesuatu aktiviti. Sumbangan
tenaga dan fikiran mereka dilakukan pada tahap sebaik mungkin.
Maka, tidak hairan jika setiap parti
menubuhkan atau mempunyai sayat wania yang memberi sumbangan besar dalam
memperkuatkan parti dan seterusnya mendapat sokong pada masa pilihan raya.
No comments:
Post a Comment