Hukum
pelihara anjing. Anjing menurut pandangan jumhur fuqaha adalah najis
mughallazah. Ia berdasarkan perintah Rasulullah SAW agar membasuh bekas yang
dijilatnya sebanyak tujuh kali dimulakan dengan air yang dicampur tanah.
Namun,
tidak bermakna Islam menganggap anjing sebagai makhluk hina yang wajib dibenci
dan dijauhi.
Setiap
makhluk ciptaan Allah SWT ada kelebihan tersendiri. Lantaran itu tidak wajar
bagi kita memandang hina pada sesuatu makhluk disebabkan kejadiannya yang
buruk, kotor dan najis.
Dalam
satu hadis diceritakan seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor
anjing yang kehausan.
Abu
Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Ketika mana seorang
lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui
sebuah perigi. Oleh kerana tiada timba untuknya menceduk air dari perigi itu
dia turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas."
"Kemudian dia naik ke atas dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya
menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya
sendirinya: Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini.
"Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya.
Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat naik
ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Allah berterima kasih kepadanya
lantas mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.
“Sahabat
bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala
juga?
“Baginda
menjawab: “Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala.” (Hadis
riwayat Bukhari).
Selain
itu, al-Quran menerangkan beberapa fungsi anjing yang boleh dimanfaatkan oleh
manusia. Antaranya anjing sebagai pengawal keselamatan.
Ketika menceritakan kisah Ashabul-Kahfi, Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan
kamu mengira mereka itu jaga padahal mereka tidur. Dan Kami balik-balikkan
mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua-dua
lengannya di muka pintu gua...” (Surah al-Kahfi, ayat 18).
Ayat
ini menunjukkan harus membela anjing untuk dijadikan pengawal keselamatan.
Allah menyatakan bahawa anjing itu berada di muka pintu, bukan dalam gua
bersama tuannya.
Jadi
keharusan membela anjing sebagai pengawal tidak bermakna ia boleh dibawa masuk
ke dalam rumah.
Maksud
yang tersirat dalam ayat ini diperkukuhkan dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Malaikat (rahmat) tidak memasuki rumah yang ada dalamnya patung dan anjing.”
Ayat
ini juga menunjukkan bahawa anjing adalah haiwan yang setia kepada tuannya.
Perihal kesetiaan anjing memang selalu didengar. Ada yang berjaya menemui jalan
pulang ke rumah tuannya walaupun terpisah berpuluh-puluh batu jauhnya.
Di
samping itu, ayat berkenaan memaparkan bahawa keberkatan orang salih akan
melimpahi sesiapa saja yang berdampingan dengannya walaupun seekor haiwan.
Lantaran itu, kita seharusnya berhati-hati dalam memilih teman. Pastikan
sentiasa berdampingan dengan golongan yang baik agar sama-sama mendapat kebaikan
dan keberkatannya.
No comments:
Post a Comment