Sunday 5 June 2022

AISKRIM HILANGKAN SAKIT TEKAK

 
Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya), digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar. 
 
Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Garam membuat air dapat berada di bawah titik beku air tulen. 
 
Walaupun istilah aiskrim sering digunakan untuk menunjuk kepada pencuci mulut beku dan makanan ringan, tapi sebenarnya khas digunakan untuk menunjuk kepeda pencuci mulut beku dan makanan ringan yang terdiri dari lemak susu. 
 
Ada berpendapat aiskrim boleh digunakan untuk menghilangkan ketidakselesaan pada tekak akibat batuk. Meskipun masih belum dapat disahkan kesahihannya, ramai individu yang menggunakan petua ini setiap kali sakit tekak dan ia mungkin tepat! 
 
Sakit tekak adalah satu keadaan kesihatan di mana tekak akan berasa sakit, kering dan gatal akibat beberapa perkara. 
 
Tekak tidak selesa juga merupakan salah satu penyakit tiga sekawan iaitu sakit tekak, demam dan selesema. 
 
Ia mungkin akan datang dan pergi tanpa diduga dan biasa bertahan selama beberapa hari sahaja jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan. 
 
Puncanya tentu sekali disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus, alergi dan udara yang telah tercemar lantas anda terhidunya. 
 
Dengan kata lain, aiskrim itu sebenarnya tidak mengubat sakit tekak, tetapi sekadar melegakan dan kemudian sakit tekak itu hilang kerana telah tiba masa ia sembuh, bukan kerana makan aiskrim. 

Namun, apa salah mencuba sesuatu yang menyedapkan!!!

No comments:

Post a Comment