Wednesday, 10 November 2021

BURUNG UPEH MAKAN SIPUT GONDANG EMAS

 
Burung upeh atau Asian Openbill Stork merupakan spesis yang berhijrah dari luar negara. Burung upeh kelihatan seperti bangau berwarna putih atau kelabu pucat dengan kepaknya berwarna hitam. 
 
Burung upeh atau burung stork berasal dari negara di benua Asia Selatan seperti Bangladesh, Sri Lanka dan India. 
 
Burung upeh biasanya mempunyai berat purata antara tiga hingga lapan kilogram (kg) dengan lebar saya mencapai 149cm. 
 
Burung upeh akan turun ke kawasan sawah untuk mencari makan dan sebahagian dietnya adalah siput gondang emas. 
 
Keadaan itu sekaligus memberi manfaat kepada petani dan sebahagian kawalan biologi telah terlaksana bagi mengurangkan populasi siput gondang emas. 
 
Siput gondang emas adalah musuh utama penanam padi. Serangan siput gondang emas menyebabkan kerosakan apabila siput memakan anak padi yang baru tumbuh (2-4 minggu selepas tabur) sampai ke pangkal pokok mengakibatkan pokok padi tidak dapat pulih. 
 
Jadi, kedatangan burung upeh dapat membantu mengurangkan bilangan populasi siput gondang emas dan sekaligus dapat mengurangkan serangan terhadap anak pokok padi. 
 
Ini bermakna burung upeh dapat membantu mengelak petani mengalami kerugian akibat kemusnahan anak pokok padi angkara siput gondang emas. 
 
Justeru, elakkan daripada mengganggu haiwan terbabit kerana kita khuatir ia tidak akan lagi bermigrasi ke negara ini jika sering diganggu.


 

No comments:

Post a Comment