Sunday, 26 September 2021

BUNGA KACANG KATOK SEDAP DIBUAT KERABU

  
Satu jenis pokok kacang yang tumbuh menjalar di kawasn berpasir atau tepi pantai dikenali dengan nama kacang katok (mengikut nama penduduk di Tanjung Tokong, Pulau Pinang) atau secara umumnya dikenali dengan nama kacang pantai. 
 
Kacang pantai atau nama saintifik canavalia rosea daripada keluarga canavalia sp. 
 
Pokok kacang pantai tumbuh menjalar sehingga beberapa meter jauhnya dari akar. Ada yang menjalar sehingga melebihi 10 meter. Batang muda lembut dan menjadi keras apabila tua. 
 
Daunya agak tebal sesuai tumbuh di kawasan pantai. 
 
Memandangkan ia tumbuh menjalar dan bersilang antara satu sama lain, ia kelihatn seperti ‘semak’ memenuhi kawasan tepi pantai. 
 
Bahagian pokok yang boleh dimanfaatkan ialah bunga dan buah yang masih muda. 
 
Bunga dan buah kacang pantai sesuai dijadikan kerabu. Kerabu bunga kacang pantai memang sedap. Ia menjadi hidangan masyarakat yang tinggal di kawasan pantai. 
 
Cara mana hendak buat kerabu kacang pantai, sama juga dengan resipi kerabu lain. Bezanya hanya bahan iaitu bunga kacang pantai. 
 
Bunga kacang pantai boleh terus dibuat kerabu atau dicelor terlebih dahulu. Ada juga yang menjadikan bunga itu sebagai ulam. 
 
Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu ada manfaatnya asalkan kita tahu menggunakannya. 
 


 

No comments:

Post a Comment