PAS
merujuk kepada kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia, Datuk Seri
Tajuddin Abdul Rahman bahawa UMNO tidak perlu mendesak Kerajaan supaya
mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) dalam waktu terdekat kerana negara
masih berdepan dengan wabak Covid-19.
PAS
berpandangan kenyataan tersebut amat tepat dan kena pada masanya memandangkan
fokus seluruh jentera Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri sekarang adalah
bagi memerangi pandemik Covid-19 yang masih belum reda, baik di Malaysia
mahupun di seluruh dunia.
Begitu
juga parti-parti politik turut sama menumpukan kepada usaha membantu rakyat
yang terkesan teruk dengan wabak ini bukan sahaja dalam aspek kesihatan tapi
juga aspek ekonomi.
Justeru
itu PAS turut menyeru semua pihak terutama parti-parti politik dan NGO tanpa
mengira fahaman dan aliran pemikiran agar sama-sama dapat membantu Kerajaan
menguruskan dan menyelesaikan wabak yang merupakan darurat besar (grave
emergency) ini.
Ini
sekaligus bermaksud isu-isu yang boleh menimbulkan ketegangan, keburukan dan
kerugian masa, tenaga dan kewangan wajar dielakkan semaksima mungkin.
PAS
yakin Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah yang proaktif dengan
mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak bagi memastikan kebaikannya
akan dirasai oleh seluruh rakyat dan penduduk Malaysia.
Datuk
Seri Takiyuddin Hassan
Setiausaha
Agung PAS.
Bertarikh:
14 Jun 2021
No comments:
Post a Comment