Bayam praksi kaya khasiat. Khasiat bayam praksi paling
diperkatakan ialah merawat mangsa penyakit denggi. Makan atau minum air jus
bayam praksi dikatakan dapat menambah bilangan platlet darah.
Bayam praksi tumbuh semulajadi di kawasan sekeliling rumah, di tanah lapang mahupun di tepi-tepi jalan.
Bayam praksi agak lasak dan boleh hidup dalam keadaan kekurangan bekalan air.
Bayam praksi mudah dikenali dengan bunga berwarna purple dan agak menonjol biarpun berada di kelompok rumput atau tumbuhan lain.
Kaedah yang digunakan untuk merawat denggi menggunakan bayam praksi adalah seperti berikut:
Kisar pokok ini yang dipotong sehingga akar umbi. Masukkan sedikit gula perang, agak-agak secukup rasa. Kemudian tapis dan minum. Rasanya seperti air tebu.
Minum sekerap boleh untuk menambah secepat mungkin bilangan platlet.
No comments:
Post a Comment