Wednesday, 17 February 2021

MENGAPA LOBAK HIJAU DIKENALI SAWI BUNGA

Sawi (Brassica sp) merupakan sejenis sayur daun yang sangat popular ditanam di Malaysia dari keluarga Cruciferae. 

Terdapat empat jenis sawi yang popular di Malaysia iaitu sawi hijau atau juga dikenali sawi bunga, sawi putih, sawi jepun dan sawi pahit.

Sawi atau dalam dielak Kelantan dipanggil lobak (sawi hijau) merupakan tanaman singkat masa yang mengambil masa kurang dari 30 hari (bagi sesetengah varieti) untuk dituai.

Sawi hujau paling banyak ditanam dan diminati penduduk Malaysia. Sawi hijau boleh ditanam sepanjang tahun. Pada musim hujan sawi hijau perlu ditanam di bawah struktur pelindung hujan (SPH) untuk membantu mengurangan kerosakan daunnya melecuh akibat kena hujan kuat.

Sawi hijau dikenali sawi bunga kerana pokok yang tua atau matang akan mengeluarkan bunga. Bunganya berwarna kuning. Di kebun sawi hijau yang dibiarkan matang, pemandangan akan kelihatan seperti ladang bunga.

No comments:

Post a Comment