Wednesday 22 January 2020

GURU RINGAN TULANG JADI JURUKIMPAL


Rasanya inilah jurukimpal berpakaian paling kemas dan bergaya. Ini pakaian orang kerja pejabat. Apa pula angin jurukimpal berpakaian sedemikian. Agaknya sudah buang tabiat atau berlagak ingin macam orang bertugas di pejabat ala-ala pegawai.

Sebenarnya individu yang membuat kimpalan itu bukan bekerja sebagai jurukimpal. Dia seorang guru yang mahir membuat kimpalan. Jadi, dia ringan tulang membuat kimpalan besi untuk tempat duduk di bahagian tempat letak kereta di sekolahnya.

Dia melakukan perkara itu di luar waktu mengajar. Tetapi mungkin tidak sempat hendak menukar baju yang sesuai. Atau mungkin melakukan sekajap-kejap yang tidak sampai mengotorkan bajunya.

Apapun, sikap begini patut dipuji. Kemahiran yang dimiliki perlu dimanfaatkan untuk kebaikan warga sekolah. Dapat menjimatkan kos dengan hanya perlu membeli bahan sahaja.

Tahniah. Semoga lebih ramai yang mencontohi guru ini.  

No comments:

Post a Comment