Namun,
ada juga menjadikan etok sebagai 'lauk' yang dinikmati semasa makan nasi. Etok menjadi
penambah selera kerana rasanya lemak masin manis.
Pada
masa dahulu, etok biasanya dijemur di bawah sinaran matahari setelah digaul dengan
rempah. Namun, sekarang ini kebanyakan pengusaha etok menyalai di atas api. Cara
ini lebih mudah dan dan cepat.
Kalau
dahulunya, etak disalai lebih kepada rasa masim. Sekarang ada pilihan bagi peminat
etok apabila ada yang berperisa manis atau dipanggil etok manis.
Antara
lokasi menjual etok manis ialah di Kampung Bendang Morak, Tumpat, Jalan Wakaf Bharu
- Tumpat. Etak manis di Bendang Morak dikenali Etak Manis Kak Yah.
Selain
Kak Yah, terdapat pengusaha lain yang turut menghasilkan etak manis. Penghasilan
etak manis berdasarkan permintaan rakyat Kelantan yang sukakan rasa manis.
No comments:
Post a Comment