Anda mungkin menjadi mangsanya. Malang tidak
berbau, tetapi boleh dihalang jika semua pihak bertanggungjawab melakukan tugas
dengan sempurna.
Di dalam kawasan pentadbiran Majlis
Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI) kerap kali berlaku pemilik
kenderaan mengalami bocor tayar akibat terpijak tiang besi yang tidak dipotong
sepenuhnya.
Bukan sahaja tayar menjadi mangsa, bahkan ada
kecederaan kaki akibat tersempak batang besi tersebut.
Ada dua kategori tiang besi itu. Pertama
bekas tiang bendera dan kedua bekas tiang meter letak kenderaan.
Tiang-tiang itu dipotong setelah tidak
digunakan lagi. Sepatutnya tiaang itu dipotong di bawas paras tanah atau tar
jalan. Tetapi ada yang ditugaskan memotong tiang besi itu ambil mudah memotong
dengan membiarkan kira-kira 3 hingga 5 cm dari paras tanah.
Biarpun diketuk baki tiang itu, namun masih
ada tanda tajam yang boleh menyebabkan tayar kenderaan bocor, terutama jika
terkena pada bahagian tepi tayar.
Tiang besi itu sepatutnya dibuang terus atau
dicabut, bukannya dipotong. Ia lebih selamat, biarpun sedikit sukar. Kalau
ketika hendak tanam tiang itu boleh digali, mengapa tidak boleh dilakukan
ketika mencabutnya?
Semoga pihak MPKBBRI mengambil perhatian terhadap
perkara ini.
No comments:
Post a Comment