Tabiat makan tidak sihat. pemakanan yang tidak sihat dan
salah pilih makanan merupakan punca utama pelbagai masalah kesihatan kronik di
Malaysia.
Berkata bijak pandai, "Perut manusia itu adalah tempat
(punca) segala penyakit, manakala pencegahan itu adalah pokok kepada segala
pengubatan."
Pengambilan gula, garam, dan lemak tepu berlebihan
meningkatkan risiko kencing manis (diabetes), tekanan darah tinggi
(hipertensi), serta penyakit jantung.
Makan berlebihan dan mengambil makanan tinggi kalori menaikkan
berat badan sehingga mengundang pelbagai penyakit, termasuk kegagalan organ.
Kekurangan serat daripada sayur serta tabiat makan lewat
malam boleh menyebabkan sembelit, gastrik, dan pedih ulu hati.
Makanan tidak sihat mempercepatkan kerosakan sel yang
menyebabkan kulit cepat berkedut dan
tubuh cepat lemah. Sel-sel organ juga menjadi tidak dapat berfungsi dengan
optimun dan akhirnya membawa kepada kerosakan.
Makanan tidak sihat adalah jenis makanan atau minuman yang
tinggi kandungan gula tambahan, garam, lemak tepu, serta kalori, tetapi sangat
rendah nutrien penting.

No comments:
Post a Comment