Sambutan Aidiladha di Kelantan diakui
meriah. Sebab itu, anak Kelantan yang merantau akan berusaha sedaya mungkin
untuk pulang berhari raya di kampung halaman bersama-sama ibu bapa, adik beradik
dan sanak saudara.
Biarpun cuti sambutan Aidiladha di negeri-negeri
seperti Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak dan
Pulau Pinang yang terdapat banyak anak Kelantan mencari makan di sana, hanya
sehari, anak Kelantan akan sedaya upaya untuk kembali menyambut Aidiladha di
Kelantan. Mereka akan memohon cuti khas untuk menambah bilangan hari cuti.
Kalaupun tidak mendapat cuti tambahan,
mereka sanggup untuk kembali ke tempat tinggal masing-masing pada malam hari
raya pertama. Biarpun hanya beberapa jam atau tidak sampai 24 jam bersama
keluarga, ia disanggap sudah berbaloi biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang
lama ketika pulang ke kampung dan balik semula ke tempat tinggal.
Sambutan Aidiladha di Kelantan memang meriah.
Biarpun diakui tidak semeriah sambutan Aidilfitri, ia masih dianggap cukup meriah,
jauh meriahnya berbanding di negeri-negeri lain.
Perantau yang pulang akan bergabung tenaga
untuk melakukan persiapan juadah untuk sambutan Aidilfitri. Ketupat bucu tiga
segi, tapai, nasi dagang dan hidangan lain menjadi hidangan isitimewa di
Kelantan.
Kemeriahan tersebut belum lagi masuk
program ibadat korban. Keluarga besar biasanya menguruskan sendiri program
ibadat korban melibatkan seekor atau dua ekor lembu. Jadi, semua ahli keluarga
akan kembali untuk memastikan program tersebut berjalan lancar.
Gambar - Persiapan juadah untuk hidangan pagi Aidiladha keluarga Kisma PB
No comments:
Post a Comment