Berkunjung
ke pantai peranginan diuruskan pihak berkuasa tempatan di Kelantan biasa akan
dihidangkan dengan pemandangan sampah dibuang merata-rata atau dilonggokkan di
tempat yang tidak sepatutnya.
Ia
bukan salah pihak berkuasa tempatan semata-mata yang gagal mengurus dengan
baik, tetapi lebih penting sikap pengunjung.
Sampah
tidak sepatutnya dibuang merata-rata. Jikapun tidak disediakan tong sampah atau
kedudukan tong sampah yang jauh, sampah yang dibawa, terutama bekas makanan
sepatutnya dibawa balik dan dibuang di tempat sepatutnya.
Kalau
boleh membawanya ke pantai peranginan tersebut, mengapa pula tidak boleh dibawa
balik. Biasanya ia lebih ringan dan berukuran lebih kecil kerana isinya yang
berupa makanan telah dimakan atau diminum.
Harap,
masing-masing menjaga kebersihan pantai peranginan yang mencerminkan sikap
pengunjungnya.
Hargailah
kemudahan yang disediakan pihak berkuasa secara percuma.
Gambar: Sampah dilonggokkan di pantai peranginan yang diuruskan pihak berkuasa tempatan.
No comments:
Post a Comment