Hari
ini rakyat bercakap hanya tentang lantikan DS Ismail Sabri sebagai Timbalan
Perdana Menteri. Sebagai rakyat biasa saya amat bersetuju dan menerima berita
ini dengan hati gembira.
Tetapi
saya hairan melihat pelbagai pandangan dan komen-komen yang dimuatnaik oleh
sesetengah rakan-rakan dalam UMNO sendiri. Lebih sadis ialah penulis-penulis
dan sesetengah facebookers UMNO yang jauh dari pemahaman sebenar apa yang
berlaku.
Mengenali
DS Ismail Sabri, saya amat yakin beliau tidak sewenangnya menafikan suara parti
atau mengetepikan keputusan parti. Berita lantikan ini ditentang oleh
sesetangah dari ahli UMNO ialah dengan hujah bahawa MT UMNO telah membuat
keputusan untuk tidak menerima lantikan jawatan TPM dalam kerajaan PN.
Tetapi
harus diingat bahawa pada malam ini dan ketika saya menulis perkongsiaan ini
sedang berlangsung 1 mesyuarat MT UMNO secara maya dan MT boleh menukar dan
mengambil ketetapan lain pada malam ini.
Pada
ketika keputusan di Janda Baik tempoh hari ianya diambil kerana UMNO tidak
mendapat tawaran rasmi atau secara sah dari pihak kerajaan pun. Justeru isu
lantikan TPM tidak perlu dibincangkan kerana tiada kepastian dan tidak ada
gunanya membincangkan satu agenda yang tidak ada kepastian.
Hari
ini situasinya telah berubah. UMNO ditawarkan lantikan TPM secara rasmi yang
telah diumumkan oleh PM sendiri setelah mendapat perkenan YDP Agong.
Situasi
ini membenarkan untuk MT UMNO membincangkan agenda perlantikan ini. Saya amat
percaya bahawa DS Ismail Sabri akan mendapatkan mandat seluruh kepimpinan MT
UMNO untuk membolehkan beliau menjawat jawatan yang telah ditawarkan dan
dinamakan beliau sebagai TPM baru itu.
MT
UMNO punyai kuasa untuk mengambil ketetapan baru demi kelangsungan parti itu
sendiri.
Mengenali
sosok batang tubuh DS Ismail Sabri ini juga, saya cukup yakin UMNO akan
mendapat manfaat kepada lantikan yang telah mendapat persetujuan DS Najib dan
DS Zahid secara peribadi antara mereka.
Kita
di luar memang tak dapat apa sebenarnya yang berlaku antara mereka tetapi
kita harus mengambil peluang ini untuk melihat bagaimana UMNO mampu disatukan
tanpa ada kluster-kluster tertentu dan puak-puak berbeza dalam UMNO.
UMNO
sebuah parti yang besar dan keputusan sebesar ini pasti mampu membangkitkan
kembali UMNO di mata rakyat dan seluruh ahlinya.
Setiap
ketetapan dan ketentuan Allah itu pasti telah tertulis lama dan telah tercatit
bahawa DS Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Kita
seharusnya memikirkan bagaimana pemimpin ini boleh memanfaatkan kedudukan itu
untuk keuntungan UMNO dan bukannya mempertikaikan lantikan ini sehingga
menyebabkan kekuatan parti boleh terjejas.
Sebagai
ahli UMNO dari keturunan datuk saya lagi, saya amat berharap keputusan ini akan
sama-sama dijulang dan dijunjung bersama dan perpaduan UMNO harus berada di puncak
untuk mengharungi PRU15 yang pasti mencabar.
#UMNOMeneraju
Wassalam.
IMRAN
AHMAD
UMNO
SETIU
No comments:
Post a Comment