Monday, 21 June 2021

PEPATUNG BANYAK WARNA TARIK PERHATIAN

 
Pepatung ada banyak bentuk dan warna, menjadi perhatian banyak orang melihat serangga itu terbang dan hinggap di sesuatu tempat. 
 
Pepatung juga dikenali puting beliung dalam dialek Kelantan. Nama lain ialah tuyuk, cakcibor, nandung, kapal kinjeng, sesibu, naga terbang dan beberapa nama lain mengikut tempat masing-masing. 
 
Banyak nama bermakna pepatung memang menarik perhatian ramai dan memanggilnya mengikut tempat masing-masing.   
 
Pepatung merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. 
 
Pepatung dikategorikan berdasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai dua pasang sayap yang kuat dan lut sinar, dan berbadan panjang. 
 
Walaupun pepatung mempunyai enam kaki seperti serangga-serangga lain, namun tetap tidak boleh berjalan. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang. 
 
Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk, dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalat, lebah, semut dan kupu-kupu. 
 
Serangga ini biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik.

No comments:

Post a Comment