Thursday 23 July 2020

KHASIAT POKOK HERBA KUCING GALAK

Nama kucing galak bukan bermaksud kucing bersikap galak atau aktif. Sebaliknya, kucing galak (Acalypha Indica) merupakan satu tanaman herba yang berkhasiat.

Pokok kucing galak juga dikenali dengan nama pokok ceka emas atau pokok chika emas. Jika di Indonesia ia dipanggil sebagai kucing-kucingan atau rumput bolong-bolong”.

Dinamakan kucing galak ada kaitan dengan akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Kucing akan memakan akar kucing galak dengan berselera sekali. Akar kucing galak merupakan tonik tenaga kepada kucing seperti tongkat ali untuk manusia.

Pokok kucing galak tumbuh liar di negara yang beriklim tropika. Pokok ini memiliki batang yang lembut serta berdaun dan berbuah hijau.

Pokok ini selalunya senang tumbuh di kawasan terbiar berpasir, berhumus tinggi serta terdedah dengan cahaya penuh matahari. Selain itu, ia senang tumbuh di kawasan penempatan, pinggiran jalan dan kawasan lapang yang bercerun.

Khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun. Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan.

Kandungan:
Akar- mengandungi saponin dan tannin
Batang- mengandungi flavonoida, saponin dan tannin
Daun- mengandungi minyak asiri, saponin dan tanin
Bahagian-bahagian dari tumbuhan ini memiliki fungsi yang cukup besar dalam menangani beberapa penyakit yang menyerang manusia.

Secara umumnya, cara mendapat manfaat kucing galak ialah:
- Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).
- Bersihkannya terlebih dulu.
- Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
- Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.

Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:

Ulser Mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.
Amalkan sehingga anda sembuh.

Penyakit Kulit
Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.

Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat
Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.

Kutu Air, kudis, pelbagai penyakit kulit, sakit mulut:
Pokok kucing tanpa akar direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih selama 15 minit. Cuci bahagian yang dijangkiti dengan air suam ini.

Sembelit-
Sepokok kucing termasuk akarnya dibasuh dan direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit dan bila suam diminum(tapis terlebih dahulu)

Perut memulas, penyakit pendarahan
30-60 g pokok kucing kering termasuk akar dibasuh dan direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1 gelas. Selepas sejuk , air ditapis dan diminum ½ gelas waktu pagi dan ½ gelas waktu petang. Lakukan sehingga sembuh

Luka, bisul, radang kulit
Tumbuk pokok kucing tanpa akar beserta 1 sudu the gula pasir hingga lumat. Tampal bahan tersebut di bahagian yang sakit.

No comments:

Post a Comment