Menurut
portal mirror.co.uk, pasukan saintis melakukan ujian ke atas 125 penunggang
amatur berusia antara 55 hingga 79 tahun dan membandingkannya dengan orang
dewasa yang sihat dari kumpulan umur yang tidak bersenam secara berkala.
Penemuan
menunjukkan bahawa para penunggang basikal memelihara jisim otot dan kekuatan
dengan usia sambil mengekalkan tahap lemak serta kolesterol yang stabil.
Lebih
menarik lagi, kesan anti-penuaan daripada aktiviti berbasikal turut menguatkan
sistem imun.
Satu
organ dikenali sebagai thymus yang menghasilkan sel-sel imun dipanggil sel T
biasanya mula mengecut selepas usia 20 tahun tetapi organ berkenanan pada penunggang
yang lebih tua didapati banyak menjana sel T seperti orang muda.
Pengarah
Institut Keradangan dan Penuaan University of Birmingham, Profesor Janet Lord
berkata, penemuan tersebut merupakan bukti kukuh yang dapat menggalakkan orang
ramai untuk melakukan senaman secara teratur sepanjang hidup mereka untuk kekal
sihat.
“Aktiviti
berbasikal memberi banyak manfaat kepada kesihatan individu. Tubuh mereka
dibenarkan untuk melewati usia dengan lebih optimum, bebas daripada penyakit
yang biasanya disebabkan oleh masalah tidak aktif.
“Jika
dikeluarkan aktiviti berbasikal itu daripada rutin harian mereka, tahap
kesihatan mereka mungkin akan merosot,” jelasnya.
Penunggang
basikal lelaki yang mengambil bahagian dalam kajian itu perlu berkayuh sejauh
100 kilometer di bawah 6.5 jam, manakala wanita pula sejauh 60 kilometer dalam
masa 5.5 jam.
Kumpulan
tidak bersenam terdiri daripada 75 orang yang sihat berusia antara 57 hingga 80
tahun, dan 55 orang dewasa muda berumur antara 20 hingga 36 tahun.
Penyelidikan
tersebut dilaporkan dalam dua kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal Aging
Cell.
No comments:
Post a Comment