Bangunan
Bank Kerapu terletak di sebelah Hilir Padang Merdeka atau Padang Bank. Nama
Padang Bank dinamakan dengan nama ‘bank’ kerana terletak bersebelahan bank
pertama yang beroperasi di Kelantan.
Nama
Padang Bank ditukar kepada Padang Merdeka kerana ia menjadi lokasi sambutan
kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Bagaimanapun, di kalangan generasi tua di
Kelantan lebih mengenali sebagai Padang Bank sehingga sekarang.
Bangunan
Bank Kerapu siap dan mula digunakan pada tahun 1912, sebagai bangunan operasi
The Mercatile Bank of India Ltd. Bangunan tersebut adalah bangunan pertama
menggunakan simen atau konkrit di Kota Bharu.
Masyarakat
Kelantan menggelarkan bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian
daripada permukaan bangunaan ini di simen dengan menggunakan batu-bata kecil
yang menyebabkan permukaannya tidak rata.
Pada
zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) bangunan Bank Kerapu telah
digunakan sebagai pejabat kepada polis rahsia Jepun (Kempetai).
Di Bank
Kerapu inilah dijadikan pejabat, lokap, tempat siasatan, tempat penderaaan dan
lain-lain keganasan tentera Jepun terhadap mereka yang disyaki menentang Jepun.
Bila
Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini, bangunan ini
digunakan semula sebagai bank. Tahun 1977 nama Bank tersebut bertukar kepada
The Hongkong & Shanghai Banking Corporation.
Tahun 1981 bangunan ini
dijadikan Balai Senilukis dan Kraftangan Kelantan. Kemudian, mulai tahun 1992
bangunan ini dijadikan sebagai Memorial Peperangan Dunia Ke II di Kelantan.
No comments:
Post a Comment