Peralatan permainan kanak-kanak
dahulu tidak perlu beli. Kanak-kanak dahulu kreatif menggunakan apa sahaja
yang ada di sekitar mereka untuk dijadikan permainan.
Antara permainan terkenal ialah tarik
upih pinang. Tidak diketahui sejarah permainan tarik upih pinang. Yang pasti permainan tarik upih pinang terdapat di Nusantara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Upih
pinang adalah pelepah daun pokok pinang. Pelepah tua yang gugur, di bahagian
hujung berbentuk seperti 'perahu'.
Di
bahagian itu boleh dijadikan tempat duduk untuk hingga tiga atau empat orang
kanak-kanak jika duduk rapat-rapat.
Bahagian
ada daun yang berbentuk 'batang' pula sebagai tempat untuk menarik.
Permainan
tarik upih menarik apabila ada pertandingan. Ada yang jadi penarik dan yang
lain pula jadi penumpang duduk di atas upih.
Bilangan
setiap kumpulan tidak tetap. Ada penarik dua atau tiga orang. Begitu juga
penumpang juga mungkin dua tiga orang juga.
Kalau
hendak 'laju' kenalah penariknya lebih dua orang dan penumpangnya seorang.
Jika
pertandingan 'rasmi' ada peraturannya. Antaranya, pasukan akan terbatal jika
penumpang jatuh atau terlepas dari atas upih. Mereka perlu kembali ke garisan
permulaan atau terus terkeluar dari pertandingan.
Jika
pertandingan secara 'terbuka', ikutlah apa sahaja. Yang penting mereka dapat
bergembira.
Permainan
ini agak lasak sedikit. Kena guna tenaga. Yang jadi penumpang pula mungkin terlepas
dari tempat duduk.
Kenangan
bermain upih pinang, atau boleh digantikan dengan pelepah kelapa (kurang sesuai,
tetapi digunakan jika tiada upih pinang) amat menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment