Monday 28 October 2019

POKOK SAWI JADI HIASAN


Menanam sayur memang menyeronakan. Paling gembira apabila melihat pembesarannya dan kemudian dapat dituai hasilnya untuk kegunaan sendiri, diagihkan kepada jiran mahupun dijual.

Lebih menarik lagi jika pokok sayur itu dijadikan tanaman perhiasan. Memang cantik mata memandang pokok menghiasi laman rumah.

Lebih menarik lagi jika ia disusun atur secara kreatif. Tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal. Boleh sahaja menggunakan bahan buangan.

Rumah melihatan cantik dan kemudian dapat dipungut hasilnya.

Anda boleh mencubanya sendiri.

Friday 25 October 2019

ETOK SALAI MANIS

Etok atau etak begitu sinonim dengan masyarakat Kelantan. Etok menjadi kudapan yang menyelerakan. Kebiasannya ia dimakan kosong atau tanpa dimakan bersama-sama makanan lain.

Namun, ada juga menjadikan etok sebagai 'lauk' yang dinikmati semasa makan nasi. Etok menjadi penambah selera kerana rasanya lemak masin manis.

Pada masa dahulu, etok biasanya dijemur di bawah sinaran matahari setelah digaul dengan rempah. Namun, sekarang ini kebanyakan pengusaha etok menyalai di atas api. Cara ini lebih mudah dan dan cepat.

Kalau dahulunya, etak disalai lebih kepada rasa masim. Sekarang ada pilihan bagi peminat etok apabila ada yang berperisa manis atau dipanggil etok manis.

Antara lokasi menjual etok manis ialah di Kampung Bendang Morak, Tumpat, Jalan Wakaf Bharu - Tumpat. Etak manis di Bendang Morak dikenali Etak Manis Kak Yah.

Selain Kak Yah, terdapat pengusaha lain yang turut menghasilkan etak manis. Penghasilan etak manis berdasarkan permintaan rakyat Kelantan yang sukakan rasa manis. 

Friday 18 October 2019

BAHAYA TIANG BESI TIDAK DIPOTONG HABIS


Anda mungkin menjadi mangsanya. Malang tidak berbau, tetapi boleh dihalang jika semua pihak bertanggungjawab melakukan tugas dengan sempurna.

Di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI) kerap kali berlaku pemilik kenderaan mengalami bocor tayar akibat terpijak tiang besi yang tidak dipotong sepenuhnya.

Bukan sahaja tayar menjadi mangsa, bahkan ada kecederaan kaki akibat tersempak batang besi tersebut.

Ada dua kategori tiang besi itu. Pertama bekas tiang bendera dan kedua bekas tiang meter letak kenderaan.

Tiang-tiang itu dipotong setelah tidak digunakan lagi. Sepatutnya tiaang itu dipotong di bawas paras tanah atau tar jalan. Tetapi ada yang ditugaskan memotong tiang besi itu ambil mudah memotong dengan membiarkan kira-kira 3 hingga 5 cm dari paras tanah.

Biarpun diketuk baki tiang itu, namun masih ada tanda tajam yang boleh menyebabkan tayar kenderaan bocor, terutama jika terkena pada bahagian tepi tayar.

Tiang besi itu sepatutnya dibuang terus atau dicabut, bukannya dipotong. Ia lebih selamat, biarpun sedikit sukar. Kalau ketika hendak tanam tiang itu boleh digali, mengapa tidak boleh dilakukan ketika mencabutnya?

Semoga pihak MPKBBRI mengambil perhatian terhadap perkara ini.